Saturday, February 21, 2009

Panggilan untuk Kertas Kerja

JEMPUTAN MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA

Ahli akademik, penjawat perkhidmatan awam, NGO, mahupun swasta adalah dijemput untuk membentang kertas kerja dalam seminar ini. Kertas kerja yang dibentang berasaskan penyelidikan semasa melanjutkan pelajaran ataupun penyelidikan yang pernah dijalankan. Sub tema kertas kerja yang akan dibentangkan dalam seminar ini ialah seperti berikut:

¨ Penjanaan Dan Pengurusan Kewangan
¨ Pengurusan Latihan Dan Pentadbiran Masjid
¨ Pengimarahan Dan Aktiviti
¨ ICT
¨ Dakwah



TARIKH PENERIMAAN KERTAS KERJA

Semua pembentang kertas kerja diminta mengemukakan abstrak dan kertas kerja lengkap untuk diterbitkan dalam prosiding seminar.

Panduan masa adalah seperti berikut:

1. Abstrak hendaklah dihantar pada atau sebelum 15/05/2009.

2. Makluman abstrak diterima untuk dibuat kertas kerja pada 25/05/2009.

3. Penyerahan kertas kerja lengkap dalam bentuk hard copy pada 15/06/09 (camera ready untuk percetakan).

4. Makluman kepada penulis bahawa kertas kerja boleh dibentang pada 01/07/09


FORMAT KERTAS KERJA

Panduan format penulisan kertas kerja seperti berikut:

i. Ditulis di dalam Bahasa Melayu atau Inggeris/Bahasa Arab.
ii. Jenis font Times New Roman dengan bersaiz 11.
iii. Menggunakan Microsoft word—1.5 spacing.
iv. Kertas kerja hendaklah tidak lebih daripada 10 muka surat termasuk jadual dan carta.
v. Penyertaan rujukan menggunakan format APA dan menggunakan ‘endnote’
vi. Abstrak ditulis tidak melebihi 150 patah perkataan (sahaja) dengan ditulis nama dan organisasi penulis.
vii. Abstrak dan kertas kerja hendaklah dihantar samada melalui pos (kertas kerja & disket) atau e-mel (soft copy) kepada:



Sekretariat Seminar Pengurusan Masjid,
Pusat Islam UUM
06010 Sintok, Kedah
(u.p : Pn. Nor Azlinah Zaini)

Tel : +604-928 5805
E-mel : azlinah@uum.edu.my


No comments:

Post a Comment