Saturday, February 21, 2009

MAKLUMAT SEMINAR


PENGENALAN
Masjid merupakan institusi yang utama dan penting kepada umat Islam. Ia merupakan suatu tempat yang menjadi tonggak kepada segala urusan dunia dan akhirat. Pelbagai kaedah dan pendekatan pengurusan masjid yang telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk menjadikan masjid-masjid dimakmurkan dengan sempurna. Sehubungan itu, dapatan dari perbentangan kertas kerja ini dapat membantu pengurusan yang sistematik bagi mengembalikan kegemilangan institusi masjid dinagara Asean khususnya dan dunia amnya.

KERJASAMA
Seminar ini dianjurkan sempena sambutan Jubli Perak UUM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


TEMA


“MENGUNGGULKAN WAWASAN DAN SEJARAH DALAM PENGURUSAN MASJID”


OBJEKTIF SEMINAR


¨ Mengumpu idea-idea mengenai peranan dan
kepentingan masjid kepada pembangunan ummah.
¨ Memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai
masjid mengenai system pengurusan masjid yang
mantap dalam usaha mengimarahkan masjid.
¨ Mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan masyarakat Islam.


PENDAFTARAN SEBAGAI PESERTA
i. Tarikh akhir pendaftaran sebagai peserta pada 01/07/09

YURAN PENYERTAAN
Yuran termasuk penginapan (kecuali sekiranya tanpa penginapan), makan, minum dan bahan-bahan seminar.

1. RM 600.00 (seorang)
2. RM 450.00 seorang (twin sharing)
3. RM300.00 (tanpa penginapan)
3. RM 100.00 (pelajar tanpa penginapan)



Pembayaran hendaklah menggunakan cek / LO atas nama Bendahari Universiti Utara Malaysia.

No comments:

Post a Comment